Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ngis] | بڠيس

Definisi : 1. tidak berbelas kasihan, kejam, zalim: pembunuhan yg ~; 2. pedas, tajam: kata-kata yg~;membengis bangkit bengis, berlaku bengis: “diam...” suara Majid ~;membengisi memperlakukan dgn bengis (kejam): kalau tidak dibengisi masih berlarut-larutan anak-anak itu mengganggu kita; kebengisan perihal bengis, kekejaman, kezaliman: ~ tentera musuh itu membangkitkan kemarahan rakyat;pembengis 1. orang yg bengis; 2. bersifat bengis: dia menjadi manusia yg agresif dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ngis] | بڠيس

Definisi : marah, gusar;membengis jadi marah, bangkit marah; membengisi memarahi;pembengis pemarah: dia ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ngis] | بڠيس

Definisi : 1 tidak menaruh perasaan belas kasihan; suka berbuat aniaya: Raja yg ~ tentu saja akan dibenci oleh rakyatnya. 2 keras lagi pedas (ttg perkataan yg diucapkan): Soalan itu dijawabnya dgn ~. membengis menjadi bengis; berlaku bengis: “Diam!” katanya ~. membengisi berlaku bengis terhadap: Guru itu ditegur kerana ~ anak muridnya. kebengisan keadaan atau sifat bengis. pembengis 1 orang yg bengis: Dia terkenal sbg ~. 2 bersifat bengis: Ketuanya digeruni kerana ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengis

Puisi
 

Besok hari Rabu,
     Lusa hari Khamis;
Fikiran kita tidak tentu,
     Hati kita bengis.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai harimau beranak muda.

Bermaksud :

Orang perempuan yang terlalu bengis.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bengis, tapi hati baik..TiadaWatan25.11.1986
Lelaki BengisAzroyUtusan Borneo21.07.2008
Siapakah pemuda yang bengis itu?TiadaBerita Minggu14.02.1988
"Terjebak" bukan semua orang2 Jepun itu bengis..Hadzrami A. RMingguan Malaysia23.05.1965

Kembali ke atas