Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.ni] | براني

Definisi : 1. gagah (bukan pengecut), perkasa: adikku ialah seorang yg ~; 2. tidak takut, tabah menghadapi bahaya (kesulitan dll): fikiran ini tidak ada orang yg ~ menafikan; ~ lalat berani di belakang lawan (kalau berhadapan takut); ~ mati tidak takut mati; ~ udang tidak tetap hati, cemas hati; barisan (pasukan) ~ mati tentera yg berani mengorbankan jiwanya; ~ hilang tak hilang, ~ mati tak mati prb mengerjakan sesuatu hendaklah dgn keberanian; ~ malu, takut mati prb pengecut; ~ menjual, ~ membeli prb a) apa-apa yg dikerjakan (dikatakan), hendaklah ditimbang-timbang (jangan mengenai orang lain); b) tidak saja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga; ~ pegang, ~ tanggung = barang siapa ~ mengamang, tak dapat tidak melawan prb tiap-tiap yg dicakapkan akan berani pula dikerjakan; memberanikan 1. memberangsangkan, menggalakkan: kemenangan itu ~ lagi orangorang Islam; 2. = memberani-beranikan menjadikan (diri sendiri) berani, membuat (memaksa diri) supaya berani: “Saya tidak akan bimbang dgn tidak bersebab,” katanya dgn hati yg diberani-beranikan;keberanian kegagahan, keperkasaan: dia mendapat pangkat itu dgn ~ dan pengorbanan; pemberani sangat berani, orang yg sangat berani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ni] | براني

Definisi : ; batu ~ = besi ~ besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik); ® semberani II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ni] | براني

Definisi : tidak berasa takut menghadapi bahaya; tidak gentar menghadapi sesuatu: Orang yg ~ tidak akan mundur apabila berhadapan dgn musuh. ~ lalat pura-pura berani tetapi sebenarnya takut. ~ mati tidak takut mati. memberanikan membangkit-bangkitkan hati supaya berani; memberangsangkan: Saya ~ diri naik ke atas rakit dan mencuba memadamkan api itu dgn gebar. keberanian sifat(-sifat) berani: Cerita ttg ~ askar-askar Raja Haji menyerbu ke dlm kubu Belanda di Teluk Ketapang itu sungguh menggerunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berani

Puisi
 

Hari Isnin kucing berlumba,
     Orang Tambirat berkayuh;
Berani jamin berani bawa,
     Di dalam surat mengata sungguh.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Barang siapa berani mengamang,
     tak dapat tidak berani melawan juga.

Bermaksud :

Berani berkata, tentulah berani berbuat. mengamang = menakut-nakuti.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berani menongkah arus (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia13.02.2007
Berani daripada kaca mata PromoedyaAzman IsmailMingguan Malaysia07.05.2006
Berani mencabar dan kurang ajarMana SikanaBacaria08.03.1984
Berani buka pintu akalMahathir MohamadUtusan Malaysia17.10.1994
Berani kerana benar...Pak Pandir ModenUtusan Malaysia04.09.1986
Berani kerana benarPak SakoBacaria20.03.1986
BeraniOthman HashimBerita Minggu01.01.1976
BeraniOthman HashimBerita Minggu01.01.1976
Berani menongkah cabaranNoor JaafarHarian Metro (Variasi)11.02.2005
BeraniSolihin OsmanUtusan Melayu17.05.2002
12345678910...

Kembali ke atas