Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : 1. (kata tanya) utk menanyakan jumlah (besar, bilangan, harga, tinggi, dll): ~ jumlahnya?; ~ harga buku itu? 2. sebanyak mana, sebesar apa (jumlahnya): dia boleh mengambil hartaku ~ dia suka; 3. bagaimana, betapa: tengoklah ~ berbahagianya mereka di sini; ~ pun bagaimanapun, betapa pun; 4. = seberapa sekian (banyaknya), sebegitu (banyaknya): tidak ~ lama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : kata yg menanyakan banyaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : 1 kata utk menanyakan jumlah sesuatu: ~kah harganya buku ini? 2 sebanyak mana; sebesar mana jumlahnya: Engkau ambillah ~ yg engkau suka. 3 bagaimana; betapa: Sekarang baru dia tahu ~ susahnya hidup miskin. 4 kata utk menyatakan jumlah atau bilangan yg tidak tentu; banyak yg lebih kurang: Tidak ~ lama kemudian, sampailah pengembara itu ke tempat yg dituju. beberapa jumlah yg tidak tentu banyaknya (lebih drpd dua tetapi tidak terlalu banyak): Ada ~ orang yg datang mencari tuan tadi. seberapa sekian banyaknya; sebanyak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan banyaknya: ~ ekor lembu yg disembelih utk kenduri kahwin itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapa

Puisi
 

Berapa tinggi pokok kubis,
     Tempat membuat ulam-ulaman;
Sedikit lagi jiwa nak habis,
     Tempat berbudi kepada tuan.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul.

Bermaksud :

Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berapa pendapatan rakyat dalam setahun?Pak SakoUtusan Malaysia31.12.1979
Berapa Harga IIILim Kim HuiMingguan Watan19.11.1995
Berapa Kali Sudah Ku Lihat AwanNor AzuanBerita Minggu (Singapura)16.03.1983
Berapa lama Pengasuh boleh bertahan?Kadir AhmadUtusan Malaysia24.05.1997
Berapa HargaLim Kim HuiUtusan Zaman11.06.1989
Berapa baik sekalipun InggerisPak SakoMingguan Malaysia21.11.1976
Berapa banyak duit orang Melayu habis di musim perayaan?Baharudddin C. DUtusan Zaman12.07.1981
Berapa kata sifat daripada bahasa sukuanTiadaUtusan Melayu05.01.1989
Entah Ke Berapa Kali Lelaki Itu MenangisJ. JamalMingguan Malaysia17.11.1996
Baca puisi: berapa bayaran untuk penyair?Suraya DuaniBerita Harian27.10.1997
12

Kembali ke atas