Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bau] | برباءو

Definisi : 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bau] | برباءو

Definisi : mengeluarkan bau: Bangkai binatang bersepah-sepah dan ~ sangat busuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbau

Puisi
 

Bunga keduduk bunga kenanga,
     Berbau harum sampai ke jalan;
Hamba duduk sambil bertanya,
     Ibarat pungguk merindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Masih berbau pupuk jerangau.

Bermaksud :

Belum ada pengalaman.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Biliknya Berbau SetanggiIswardyBerita Harian (Singapura)11.01.1987
Bahasa berbau 'Melayu' jadi matlamatTiadaBerita Harian (Singapura)30.05.1984
Karya berbau porno serpihan Reformasi Indonesia 1998Akhbar:  Berita Harian16.10.2004
Warkah Cinta Berbau Syurga [Ulasan buku karya A. Ubaidillah Alias]Irdawati HamzahBerita Harian17.04.2009
Malang Tidak BerbauMohd. Mansur AbdullahMingguan Wanita20.04.1984
Jalan masih berbau Mat SallehRazali ZakariaHarian Metro28.01.1991
Gubah cerpen berbau politikLi Chuan SiuMingguan Malaysia06.01.1974
Berbunga Tidak BerbauSharipah YusopMingguan Wanita14.04.1989
Malang Tidak Berbau (Hadirnya Cinta)Pitteriah AbdullahBacaria24.04.2004
Kenyataan Sultan Kelantan berbau politik - Anuar-Harian Ekspress28.02.1993
12

Kembali ke atas