Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.bung] | برهوبوڠ

Definisi : 1. berangkai, bersam­bung, beruntun (antara satu dgn lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn, berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~ dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~ dgn saudara-mara di Medan menerusi tele­fon radio; bahasa ialah alat bagi manusia ~ dgn manusia lain; ~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersam­bung-sambung (hampir habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.bung] | برهوبوڠ

Definisi : 1 bercantum dgn yg lain; bersambung; berangkai: Anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu. 2 ada kaitannya atau ada sangkut pautnya; berkenaan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; Kedua-dua kejadian itu ~ antara satu dgn yg lain. 3 bertemu atau berjumpa: Dia berasa hairan mengapa rakannya tidak mahu ~ dgnnya. 4 bertukar-tukar fikiran dll dgn berbagai-bagai cara: Sekarang kita dpt ~ dgn orang yg jauh melalui telefon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kajian berhubung bahasa MelayuHassan AliasUtusan Malaysia26.06.2000
Memahami isu berhubung hartaNordin SaadUtusan Malaysia18.03.1998
Kekeliruan fakta berhubung UMNOZulhasmi HishamUtusan Malaysia28.06.2000
Koleksi makalah ilmiah berhubung pembangunanRasbimaUtusan Malaysia10.07.2000
Akhbar buktikan kewibawaan berhubung isu perlembagaan-Sabah Times16.02.1993
Empat gaya bahasa saling berhubungOthman PutehMingguan Malaysia15.04.1990
DBPS akan temui semua PBT berhubung penggunaan bahasa termasuk cadangan guna tulisan jawiYatim Taubatal AndamNew Sabah Times14.03.2006
Sastera, filem dan teater saling berhubung kaitKu Seman Ku HussainUtusan Malaysia07.07.1989
DBP pernah tegur Perbadanan Putrajaya berhubung istilah asingMeran Abu BakarUtusan Malaysia05.05.2004
Kisah cinta Ramlee-Saloma: Azizi diminta berhubungTiadaBerita Harian18.08.1975

Kembali ke atas