Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jan.ji] | جنجي

Definisi : membuat (mengikat) janji: dia ~ akan datang ke rumah saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jan.ji] | جنجي

Definisi : bersetuju utk membuat atau utk melaksanakan sesuatu; mengikat janji: Ia ~ akan menyekolahkan adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,

Puisi
 

Pantai teluk terlalu indah,
     Tempat lalu perahu payang;
Berjanji mulut memang mudah,
     Menepati janji sangatlah jarang.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Ya sepanjang hari,
     janji sepanjang jalan.

Bermaksud :

Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)

488

Promises are like piecrust: easy made and easy broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises are like piecrust: easy made and easy broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
BerjanjiA. Ghani AbdullahUtusan Zaman15.01.1995
Siti Azizah berjanji akan beri yang terbaikMohamat YusufUtusan Borneo02.08.2008
Yang Kita BerjanjiMohd. Shukran Abdul MajidMingguan Malaysia02.07.2006
Untuk Apa BerjanjiEsther M.JohnBorneo Mail06.08.1995
Buku: Aziz berjanji tidak hampakan NajibTiadaUtusan Malaysia24.08.1996
Jangan mudah berjanji, nanti binasa diriBambang S. M. SaidHarian Metro26.05.2003
Kerana Kita Pernah BerjanjiMulia KurniawanMingguan Watan27.08.1995
Dengan Siapa Ku BerjanjiNajmiMingguan Timur17.12.1978
Antara Kita Yang Pernah BerjanjiMarzuki AliBacaria20.01.1985
Hari terpikat, sepakat dan berjanjiTiadaUtusan Zaman16.06.1985
12

Kembali ke atas