Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.ta] | برکات

Definisi : mengeluarkan apa yg terfikir dgn kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur: maka Hanuman pun ~, “Ya Tuanku maharesi ...”; ada Doris ~ benar spt apa yg telah dikatakannya kepadaku; ~ dua mengeluar­kan perkataan yg berlainan drpd maksud yg sebenarnya; ~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar prb, Mn kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati; sudah ~ satu prb tidak berubah drpd yg telah diucapkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.ta] | برکات

Definisi : mengeluarkan fikiran (pendapat dll) dgn (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Jong-jong muka pintu,
     Hendak belayar hutan seberang;
Jangan Mak Jah berkata begitu,
     Bunyinya malu di depan orang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Bercakap memandang-mandang,
     silap lidah jiwa hilang.

Bermaksud :

Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati. (Bandingkan dengan: Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).

 

Lihat selanjutnya...(33)

523

Silence is golden

Lebih wajar berdiam diri daripada terus berkata-kata supaya konflik dapat dielakkan

Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam

As my wife is usually irritable upon returning from work, I refrain myself from arguing her. She turns our house topsy-turvy if I open my mouth. Silence is golden .

Memandangkan isteriku lekas naik marah sekembalinya dari tempat kerja, aku menahan diriku daripada bertengkar dengannya. Rumahku akan jadi porak-peranda jadinya jika aku membuka mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berkata TuahFaizal Mohd FuadBerita Minggu18.03.2007
Berkata Paderi Manuel Musalam...Nassury IbrahimBerita Minggu (Sastera dan Budaya)12.05.2002
Berkata DaunHilmi RinduMingguan Malaysia06.02.1983
Berkata WarnaHilmi RinduUtusan Zaman16.09.1984
Berkata Benarlah LailaHusna Nazri HusseinBacaria11.01.1997
Berkata OmbakHilmi RinduMingguan Malaysia07.07.1991
Berkata lagi Shahnon: sastera bagai perkahwinanAzizi Hj. AbdullahMingguan Malaysia01.04.1984
Berkata MusimHilmi RinduBacaria17.01.1990
Dia berkataNordin Hj. AbdullahBacaria06.12.2006
Aku Berkata Kepada AkuDarma MohammadMingguan Famili23.09.1990
1234

Kembali ke atas