Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, di­kuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Punca berlaku jenayah syariahIbnu IdrisUtusan Malaysia26.03.1994
EYD berlaku resmiTiadaSinar Harapan18.08.1972
Kenapa berlaku 'berat sebelah' dalam penilaian tanah Melayu?Ilias ZaidiUtusan Zaman04.03.1984
Mengapa berlaku peperangan Salib?Wan Zahari AliBerita Minggu05.07.1981
Jika berlaku perang nuklear: dunia mana akan jahanam? Berapa ramaiyang binasa?Pak SakoUtusan Zaman04.12.1983
Penyelewengan berlaku dalam pengedaran buku-buku teksTiadaBintang Timur04.01.1979
Penyelewengan berlaku di mana-manaPak SakoUtusan Zaman07.12.1980
Apa yang berlaku kepada Pesisir?Nik Far Wan MamatBerita Harian23.05.1984
Persamaan puisi berlaku secara kebetulanAbdul Rahman R. BBerita Harian14.10.1989
Ada tanda berlaku penyelewengan: ZainalNoraini IsmailBerita Harian02.08.1988
12345

Kembali ke atas