Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mu.la] | برمولا

Definisi : 1. mempunyai mula (awal): penya-kit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, ber­pangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertama­tama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pan-dangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mu.la] | برمولا

Definisi : 1 mempunyai mula atau punca; berpangkal: Sungai ini ~ dr Gunung Kinabalu. 2 pertama kali; terdahulu sekali: Pd hari itulah saya ~ mendengar cerita itu. 3 = sebermula pd mulanya: ~ maka sampailah anak raja itu ke negeri Cina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Peribahasa

Berbilang dari esa,
     mengaji dari alif.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bermula lembaran baru ( di bawah pohon sena : bahagian kedua )Hamid KarimHarian Metro02.12.2001
Bermula Dari Nota PertemuanNurhalim IsmailWatan15.02.1985
Bermula era AzizMambangBacaria16.07.1994
Bermula dengan "Masih Dalam Kenangan"Ghazali Ngah AziaUtusan Zaman08.12.1996
Bermula dengan bahan sejarahSuhaidi MohamadBacaria26.08.1998
Bermula dan BerakhirHilmi RinduUtusan Zaman08.01.1987
Bermula Petang ItuYunus AmbarHarian Ekspres01.08.1983
Bermula sejarah raja-raja MelayuUngku Mohd Zaman TahirBacaria23.07.1992
Bermula tahun baru 1984 pandanglah ke belakang dan jauh-jauh kehadapanPak SakoUtusan Zaman01.01.1984
Hidup bermula sebagai pedagangIlias ZaidiUtusan Zaman11.12.1983
12345678910...

Kembali ke atas