Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rom.ba/]/[ber.om.ba/] | براومبق

Definisi : 1. mempu­nyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan reka­annya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rom.ba/]/[ber.om.ba/] | براومبق

Definisi : bergerak turun naik atau bergulung-gulung (bkn air laut dsb); ber­gelombang kecil-kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,

Puisi
 

Apa diharap padi rendang,
     Daun berombak ditiup bayu;
Apa diharap budinya orang,
     Tidak sama budinya ibu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Laut mana yang tak berombak,
     bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Bermaksud :

Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bendera Berombak TigaAbdul Hadi YusoffMingguan Malaysia25.11.2007
Bila Tasik BerombakMad Sakiran SulaimanUtusan Borneo27.08.1997
Laut Tidak Berombak LagiLokman AbdullahSabah Times04.10.1980
Pendekatan alamiah dalam Bila Tasik BerombakHasyuda AbadiUtusan Borneo08.09.1997

Kembali ke atas