Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.ling] | برڤاليڠ

Definisi : 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (per­hatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) ber­ubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb ke­lihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg se­benarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikata­kan atau dijanjikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.ling] | برڤاليڠ

Definisi : mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paling2
Kata Terbitan : berpaling, memalingkan,

Puisi
 

Cik Esah di pintu maling,
     Buah padi ke Paya Ledang;
Cabut galah perahu berpaling,
     Buah hati tinggal seorang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Roda yang berpaling,
     kuda sudah digerindin.

Bermaksud :

Lahirnya saja kelihatan senang tetapi yang sebenarnya sangat melarat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berpaling tadahOthman PutehUtusan Pelajar28.08.1983
Usah Berpaling LagiMohd. Adid Abd. RahmanHarakah10.12.1993
Anwar berpaling ke sudut teaterNoor Sham SalehMetro Ahad22.10.1995
Kau Tak Pernah BerpalingFaizati Mohd. AliMingguan Malaysia09.09.2007
Aku Tidak Akan Berpaling LagiMat Daud MollyMingguan Malaysia10.04.1977
Sastera moden Indonesia kini berpaling ke BaratTiadaMingguan Malaysia17.10.1982

Kembali ke atas