Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.gang] | برڤݢڠ

Definisi : 1. memaut sesuatu dgn tangan, berpaut (pd), berkuat (pd): ia ternampak seorang budak hanyut yg ~ pd sekeping papan; Zaini terhuyung-hayang mencari tempat utk ~; ~ tangan a) berganding tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; 2. berpedo­man atau berpandu kuat (pd): mereka ~ kukuh pd adat dan agama; ~ pd yg benar; ~ pd prinsip-prinsip tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.gang] | برڤݢڠ

Definisi : 1 membuat tangan memaut sesuatu; berpaut: Sambil berjalan, ia ~ pd tangan ibunya. 2 tetap mengambil sesuatu sbg pedoman atau petunjuk: Mereka kuat ~ pd agama dan adat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,

Puisi
 

Sayang Serani Cina ulaman,
     Sedikit tidak berbuah lagi;
Sudah berjanji berpegang tangan,
     Sedikit tidak berubah hati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung),
     dahan mengajur tempat tupai menegun.

Bermaksud :

Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.

 

Lihat selanjutnya...(2)

218

It's better to give than to receive

Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.

Berpegang pada tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berpegang Pada AkalNoor MandalinBorneo Mail21.01.1994
Liza berpegang pada 'Kunfayakun'Shaidah ShafieBerita Harian11.01.2007
Masyarakat Bugis berpegang kepada konsep siriShariff Al-QadriUtusan Borneo02.08.1995
Penulis perlu berpegang kepada tiga teori kritikanTiadaBerita Harian27.05.1998
Ilmuan Islam diseru sentiasa berpegang kepada kebenaranAkhbar:  Utusan Malaysia31.01.2002
Sastera bandingan kian celaru: kajian mengenainya masih berpegang kepada kaedah lamaMah Hassan MudaMingguan Malaysia04.02.1996

Kembali ke atas