Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.san] | برڤسن

Definisi : 1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan (kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk membeli dll barang dagang­an), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.san] | برڤسن

Definisi : 1 meminta supaya kehendaknya diterima atau disampaikan kpd orang lain; memberi pesan: Sebelum pergi ke pejabat, dia telah ~ kpd isterinya supaya membawa anaknya ke klinik. 2 memberi wasiat; berwasiat: Sebelum meninggal, ayah telah ~ kpd kami supaya berbaik-baik antara adik-beradik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesan
Kata Terbitan : pesanan, berpesan, memesan, pemesanan,

Puisi
 

Tinggi pusat tinggi beringin,
     Tempat menggantung anak dewa;
Hendak berpesan dengan angin,
     Angin tidak pandai berkata.


Lihat selanjutnya...(13)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Angin BerpesanYazidrisMingguan Malaysia09.09.1990
Angin BerpesanYazidrisMingguan Malaysia09.09.1990
Angin BerpesanYazidrisMingguan Malaysia10.09.1990
Kitalah Yang BerpesanHamzah HamdanMingguan Malaysia (Seni dan Sastera)19.05.2002
13 Feb. tarikh akhir Allahyarham berpesanTiadaBintang Timur18.03.1982

Kembali ke atas