Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.tar] | برڤوتر

Definisi : bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.tar] | برڤوتر

Definisi : 1. berpusing, berkisar, berkitar, berpusar: anak kunci ~; ceritanya ~ pd soal cinta; roda ~ dgn kelajuan 3 radian tiap-tiap saat; 2. berganti arah, berbelok, berkelok: ia ~ ke jurusan lain; 3. beredar (bergerak, berjalan) berkeliling: ~ dr pejabat ke padang tenis; wang baru Malaysia sudah ~; kapal terbang itu dua kali ~ di atas kota; ~ fikiran berubah fikiran; ~ haluan berganti haluan; ~ kecek (cakap) beralih (berubah) percakapan; ~ lidah berbelit-belit perkataan­nya, mengingkari janji, berbohong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.tar] | برڤوتر

Definisi : 1 bergerak berkeliling; berpusing; berkisar: Jarum panjang ~ lebih cepat drpd jarum pendek. 2 bertukar arah atau bertukar hala; berbelok; berkelok: ~ haluan. ~ belit berlaku tidak jujur; berubah-ubah (janjinya dll). ~ fikiran berubah fikiran. ~ lidah berbelit-belit perkataannya; mungkir janji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berputar

Peribahasa

Untung sebagai roda pedati.

Bermaksud :

Nasib manusia berputar-putar turun dan naik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
"Berputar-putar" antoloji sajak yang ringan?A. M. ThaniMingguan Malaysia14.01.1973
Aksara BerputarAgus SalimUtusan Melayu13.03.2005
Roda Itu Terus BerputarBaharin RamlyMingguan Malaysia13.07.1986
Gasing Wei Khuang ligat berputarWan Fakhrul Wan BakarKosmo24.04.2007
Antara "Tuk Rabuk" dengan "Roda Itu Terus Berputar"Ilias Haji ZaidiMingguan Malaysia10.08.1986

Kembali ke atas