Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.taut] | برتاءوت

Definisi : 1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), bertumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhu­bungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidup (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.taut] | برتاءوت

Definisi : bertemu antara satu dgn yg lain (bkn bibir, luka dll); menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang dll): Biduk lalu kiambang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taut
Kata Terbitan : bertaut, menautkan, mempertautkan, pertautan,

Puisi
 

Pokok keladi di tepi paya,
     Bunga teratai kembang bertaut;
Kalau berbudi pada yang kaya,
     Sama mencurah garam ke laut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti kiambang dilempar.

Bermaksud :

Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bertaut Kasih, Tuah Lima BersaudaraIzani H. D.Mingguan Malaysia21.09.2008
Bertaut Musim Keranjang HijrahAzmain RanyiSabah Times13.12.1992
Bertaut KembangJ. M. AzizBerita Minggu18.03.1990
Bertaut Kasih di LebaranSiti Zaitini Abdul HamidBerita Minggu13.11.2005
Bertaut SemulaMd. Sharif Md. SallehBerita Minggu16.11.2003
Budi bertaut bahasa, budaya indah dalam sasteraZainal Rashid AhmadBerita Harian12.01.2002
Kiambang BertautAbdul Talib HassanMingguan wanita01.02.1985
Kasih Bertaut Di Pagi SyawalMohd. Kasim MahmudMingguan Watan18.02.1996
Kiambang BertautSiti Rahmah G. Haji IbrahimBorneo Mail22.05.1994
Kiambang BertautTiadaMedia Hiburan17.03.1990
123

Kembali ke atas