Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi se-orang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar per-tanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi (sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~ dr sini kamu, Mat Som; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : menjadi lain, bertukar (rupa, warna, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1 bertukar drpd keadaan semula: Sejak dia berkahwin, perangainya sudah ~. 2 berbeza drpd rupa atau warna yg asal; bertukar (perasaan dll): Warna kain ini sudah ~ menjadi pucat. Mendengar sindiran itu, ~ air mukanya. 2 berganti atau beralih menjadi lain: Ulat itu ~ menjadi rama-rama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Nampak dari Kuala Segamat,
     Di situ banyak pokok pauh;
Berubah hati berdebar semangat,
     Kerana bertemu kampung bertuah.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Neraca palingan bungkal,
     hati palingan Tuhan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berubah kerana diaYang TheNew Sabah Times08.01.2008
Berubah Kerana DiaYang TheNew Sabah Times08.01.2008
Berubah KasihNur DzaiWatan01.08.1983
Berubah KasihNur DzaiWatan01.08.1983
Berubah KasihNur DzaiWatan01.08.1983
BerubahAhmad J. HuseinBerita Minggu14.01.1990
BerubahAhmad J HuseinBerita Minggu14.01.1991
BerubahDeamond Manja GasanBacaria28.01.1991
Sekarang berubah musim fenomenaSuili Bakar ANSHarian Ekspres26.04.2009
Songket berubah wajah: sesuai dengan citarasa masyarakat hari ini,...Norwani Md Nawawi, Dr.Kosmo28.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas