Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)

289

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Cencang dua segeragai

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul seperti cencang dua segeragai di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(37)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sebelum Betul-betul LenaAminhadMingguan Malaysia16.01.1994
Merancanglah betul-betulPak Pandir ModenUtusan Malaysia02.10.1986
Apakah Gapena betul-betul seriusSeman Ku HussainUtusan Melayu13.05.1991
Kritik Krishen Jit betul-betul timbulkan ributJeeBerita Harian16.01.1984
Dunia teater: lebih hebat jika pelakonnya mati betul-betulWan Yit FongMingguan Perdana31.10.1986
Betul ke penulis wanita semakin hari semakin tandus?Razaliah M. AriffUtusan Malaysia22.02.1982
PAS kata tak betul, UMNO kata salah. Bila nak betul?Azizi Haji AbdullahWatan15.02.1985
Saya betul, anda salahJaafar RahimUtusan Malaysia29.09.1993
Bahasa betul, jawapan baikSulaiman MasriUtusan Malaysia10.08.1995
Cara betul guna imbuhan awalanFoziah TaibBerita Harian03.04.1996
12345678910...

Kembali ke atas