Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yg tidak diingini berlaku, khuatir, risau: perasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula; seluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang; tak usah ~, gula di dlm mulut, bila hendak telan, telan prb apa yg dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dlm milik kita; berbimbang; ~ hati berasa bimbang (khuatir, risau); membimbangkan menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi;kebimbangan perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbang

Puisi
 

Apa bunyi berderang-derang,
     Itulah bunyi kulit kerang;
Ingat bimbang zaman sekarang,
     Sedikit yang betul banyak yang kurang.


Lihat selanjutnya...(26)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Dari Bimbang Ke BimbangSabar BohariUtusan Zaman24.05.1998
BimbangRamli Abdul HalimSiasah05.06.2009
Bimbang Melayu di ambang krisis keyakinanZainuddin Maidin (Zam)Utusan Malaysia08.07.2008
Bimbang dengan arus kemajuanAzman AnuarUtusan Malaysia25.10.2001
BimbangMasuri S. NUtusan Melayu25.03.1951
Bimbang pelajar menengah kurang minat membacaTiadaUtusan Melayu08.07.1989
Bimbang warisan diputarbelitTiadaWatan01.10.1996
BimbangRejab F.IWatan29.05.1986
BimbangHabsah HassanMingguan Malaysia27.02.1972
Bimbang pencipta nasionalMalungunUtusan Zaman10.02.1974
12345678910...

Kembali ke atas