Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.su] | بيسو

Definisi : tidak dapat bercakap (kerana rosak alat pertuturan atau kerana tuli sejak lahir), kelu, gagu; ~ tuli bisu dan tuli; filem ~ filem yg tidak bersuara; bagai si ~ berasian, terasa ada terkatakan tidak prb tidak dapat mengatakan sesuatu walaupun tahu; yg ~ penggera (penghalau) ayam prb seseorang itu bagaimanapun bodoh atau lemahnya ada juga gunanya;berbisu berdiam diri, tidak mahu bercakap;membisu berdiam diri, tidak mahu bercakap, tidak memberi khabar: ia diam ~;kebisuan 1. keadaan bisu: ~nya berpunca drpd kerosakan organ pertuturannya; 2. keadaan sunyi sepi kerana orang-orang yg berada di sesuatu tempat itu membisu: dlm ~ itu, aku mulai berasa hairan dan bingung;pembisuan perihal (sikap) membisu: ~ orang-orangnya ditafsirkan sbg satu persetujuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.su] | بيسو

Definisi : tidak dpt berkata-kata kerana rosak alat pengucapannya atau kerana tuli sejak lahir; kelu. ~ tuli tidak dpt berkata serta tidak dpt mendengar. membisu sengaja tidak mahu berkata-kata; sengaja mendiamkan diri: Pemimpin itu memandang tepat pd orang-orang yg sedang ~ di hadapannya. kebisuan hal atau keadaan bisu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisu

Peribahasa

Sebagai si bisu berasian (= bermimpi),
     terasa ada terkatakan tidak.

Bermaksud :

Tak dapat mengatakan meskipun tahu atau mengerti.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bisu SemusimNgabong Anak KartoiBerita Minggu06.10.1996
Bisu OmbakMohd. Yunus IsmailSabah Times19.10.1985
Saudara Bisu Dan KakuSuili BakarUtusan Sarawak 
Sindrom bisu sasterawanImlan AdabiBerita Minggu (Sastera dan Budaya)17.03.2002
Sindrom BisuDaeng RamliakilMingguan Malaysia07.02.1993
Manusia BisuNah BudinHarakah12.07.1993
Jadi bisu dan pekak kerana tamakIzan M.SMingguan Wanita27.02.1987
Bius Bisu Bisa BulanNugroho, YanusaKompas21.02.1988
Bicara Bisu Buat Kota KesayangankuRd. RomantikaBerita Minggu (Sastera dan Budaya)04.03.2001
Bicara BisuW.B. RendraMingguan Malaysia31.10.2004
123

Kembali ke atas