Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.doh] | بودوه

Definisi : sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol: ~ sangat budak ini; masa ~ Id a) tidak acuh, tidak menghiraukan: dlm hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~; b) perkara awak (bukan soal saya): itu masa ~ awak; ~ alang agak bodoh; ~ sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak; ~ sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; sebodoh-bodoh bagaimana (betapa) bodoh sekalipun: ~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dgn begitu sahaja; membodohkan 1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh: budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dgn tidak memasukkannya ke sekolah; 2. menganggap bodoh; 3. mengakali, menipu: aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku; kebodohan 1. perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan; 2. Jk kesalahan, kekeliruan; kebodoh-bodohan agak bodoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.doh] | بودوه

Definisi : tidak mudah mengerti ketika mempelajari sesuatu; tidak pandai: Orang ~ tidak dpt membezakan mana yg baik dan mana yg tidak. membodohkan, = membodoh-bodohkan 1 membiarkan bodoh; menjadikan bodoh. 2 menganggap bodoh; memperlakukan sbg orang bodoh: Jangan suka ~ orang lain. 3 menipu; mengakali. kebodohan sifat atau keadaan bodoh; kedunguan: Beliau tertawa memikirkan ~ Pak Kaduk yg mudik ke hulu ketika air surut. sebodoh-bodoh bagaimana bodoh sekalipun: ~ aku, aku tidak akan menyerah kalah begitu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bodoh

Puisi
 

Sayang Cina anak Cinaku,
     Jawa bodoh balik ke Bugis;
Jangan berniaga barang tak laku,
     Hingga berlapuk jual tak habis.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bodoh tak dapat diajar,
     pandai tak dapat mengajar.

Bermaksud :

Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).

 

Lihat selanjutnya...(67)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bodoh tak boleh diajarSamad IdrisMingguan Malaysia22.10.1989
Bodoh atau bahasa atau sikapNoor AzamBerita Minggu18.11.2001
Bukan Bodoh Atau Tidak DunguMuhammed Salehudin AmanUtusan Malaysia06.04.2006
Tindakan 'Bodoh' pimpinan baru PASSubky LatifWatan01.03.1983
Menjadi terlalu bodohK.BaliSabah Times09.01.1993
Penonton Bukan BodohJusof ManafBerita Minggu06.07.1980
Bila si bodoh bertemu si tololAbd. Wahab HamzahUtusan Malaysia11.02.1995
Usah jadi bodoh sombongBambang S. M. SaidHarian Metro16.02.2004
Antara lawak bodoh, lawak bersahajaBambang SM SaidHarian Metro26.04.2004
Si Sombong Yang BodohNormah BrahimBorneo Mail02.03.1997
12

Kembali ke atas