[bon.sai] | بونساي
Definisi : 1. seni atau teknik membentuk pokok hiasan yg kerdil dgn cara menanamnya dlm pasu tohor, memangkas dahan dan akarnya, mengawal pembajaannya dsb; 2. pokok yg dikerdilkan sbg hiasan, dgn menanamnya dlm pasu tohor, memangkas dahan dan akarnya, mengawal pembajaannya dsb;membonsaikan menjadikan sbg bonsai: pokok-pokok yg belum dibonsaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bon.sai] | بونساي
Definisi : 1 seni menanam tumbuhan perdu yg kerdil (ditanam dlm pasu, dgn dahan dipangkas rapi dan pembajaannya terkawal). 2 pokok yg dikerdilkan sbg hiasan (ditanam dlm pasu, dgn dahan dipangkas rapi dan pembajaannya terkawal). membonsaikan menjadikan sbg bonsai: Pokok-pokok itu akan dibonsaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)