[bur.sa] | بورسا
Definisi : tempat memperjualbelikan saham dll: B~ Saham Kuala Lumpur; ~ komoditi tempat memperdagangkan kontrak hadapan komoditi tertentu, spt kelapa sawit, getah dan koko; ~ opsyen tempat memperdagangkan sama ada opsyen utk menjual atau membeli sekuriti, instrumen kewangan, atau komoditi, mis Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yg terdapat di Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bur.sa] | بورسا
Definisi : tempat memperjualbelikan syer (saham, barangan dsb); pasar saham (barangan). ~ komoditi tempat memperdagangkan kontrak hadapan komoditi tertentu, spt kelapa sawit dan getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)