Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.gah] | چڠݢه

Definisi : 1. galah (besi, kayu, dll) yg hujung­nya bercabang (digunakan sbg senjata, utk mengait, dll); 2. dahan yg bercabang dua; bercanggah 1. memakai canggah; 2. bercabang; 3. = bercanggahan bertentangan (pendapat, perkara, keputusan, dll): kenyataan yg dikeluarkan itu ~ dgn pendapat mereka; pemakaian bahasa setengah-setengah penulis ~ dgn tatabahasa; mencanggah menjalankan perahu dgn cang­gah; mencanggahi berbeza drpd, bertentangan dgn: maklumat itu ~ kesahan dasar itu; percanggahan perihal bercanggah (pendapat dll): ~ pemikiran tentang konsep ketuhanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gah] | چڠݢه

Definisi : cucu kpd cucu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gah] | چڠݢه

Definisi : Kl pergi (ke sesuatu tempat) dgn susah payah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gah] | چڠݢه

Definisi : 1 galah, kayu dsb yg hujungnya bercabang dan digunakan utk mengait dsb. 2 dahan yg bercabang dua. bercanggah 1 memakai atau mengguna­kan canggah. 2 ada cabangnya; ber­cabang. 3 ki bertentangan antara satu dgn yg lain (ttg pendapat dsb). percang­gahan 1 perihal bercanggah: ~ pendapat boleh menyebabkan berlakunya perselisihan. 2 sesuatu yg bercanggah: Mereka berjaya menyelesaikan ~ yg timbul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canggah


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kassim Ahmad nafi buku canggah ajaran IslamTiadaUtusan Malaysia26.10.1985

Kembali ke atas