Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : terlalu banyak bercakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : 1. moden dan kompleks (alat), sofistikated: walau bagaimanapun ~ peralatan yg dipunyai oleh sesuatu badan, selagi yg mengerjakannya tidak menguasai bidang yg mahu diusahakan, maka selagi itulah timbul kesalahan; 2. hebat, menarik, moden (bangunan, pakaian, dll): Liyana kelihatan begitu ~; 3. tugas dgn berkesan, sesuai dgn perkembangan masa: wanita ~; mencanggihkan menjadikan seseorang atau sesuatu (teknologi, peralatan, pakaian, dll) canggih; kecanggihan perihal (sifat, keadaan, dsb) canggih: ~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak; pencanggihan perbuatan mencanggihkan sesuatu: peluasan dan ~ jurnalisme berbahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : 1 moden dan kompleks (bkn alat, mesin dsb); sofistikated: komputer yg ~. 2 menarik, hebat dan moden (bkn bangunan, pakaian dll): Bangunan baru itu sangat ~. 3 berpengalaman dan berpengetahuan dr segi keduniaan; mengikut perkembangan zaman: wanita yg ~. mencanggihkan menjadikan canggih: Mereka berusaha ~ ciptaan mereka. kecanggihan keadaan atau sifat canggih: ~ kereta yg dipamerkan itu menarik perhatian orang ramai. pencanggihan perbuatan atau hal mencanggihkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canggih


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Canggih dan anggun jadi canggunBadrul Hisham AzizUtusan Malaysia02.10.1993
Canggih, tuntas dan lestariNik Safiah KarimBerita Harian25.09.1995
CanggihZakiah BahariMingguan Malaysia20.10.1991
CanggihZakiah BahariMingguan Malaysia10.10.1991
Betapa Canggih Teknologi TerkiniAdd TaibUtusan Melayu22.02.2002
Teknologi canggih dalam Sungai Mengalir LesuTengku Khalidah BidinUtusan Malaysia19.09.1997
Kamus canggihTiadaHarian Watan22.10.1997
Wajah-wajah CanggihArikazBacaria15.05.1993
Bahasa moden canggihWak CantukUtusan Malaysia01.01.1994
Cincai and canggih all the waySaleh Ben JonedNew Straits Times12.01.1994
123

Kembali ke atas