Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[can.ti/] | چنتيق

Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) can­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[can.ti/] | چنتيق

Definisi : Mn biang, gasang, gatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[can.ti/] | چنتيق

Definisi : dpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis (ttg rupa dsb); indah: Orangnya ~ serta berbudi bahasa pula. mencantikkan menjadi­kan cantik; mengindahkan. mempercantik menjadikan lebih cantik; memperindah. kecantikan hal atau keadaan cantik; keelokan; keindahan: ~ istana itu telah menjadi perhatian para pelancong. pencantikan perbuatan atau hal mencantikkan. pencantik sesuatu yg mencantikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik

Puisi
 

Banyak itik anak itik,
     Turun ke sawah makan padi;
Tengok cantik dipandang cantik,
     Tambah pula berhati budi.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Cantik-Cantik Orang PunyaBaharuddin C. DMingguan Malaysia28.08.1983
Jalaluddin cantik macam Sarimah!Ramlah ZainalHarian Metro14.03.2008
Lelaki Cantik Tidak Pernah BerpakaianRoslan JomelMingguan Malaysia13.05.2007
Secantik-cantik perempuan, takkanlah begitu aje..Azizi Haji AbdullahMingguan Timur24.01.1982
Permaisuri: cantik menghancurkanAmiruddin HarunUtusan Malaysia02.04.1996
Orangnya cantik, bermata biruTiadaUtusan Melayu13.12.1996
Siapa CantikNorha KayteeBerita Minggu10.08.1997
Ratu cantik dan ratu lembuJohan JaaffarMingguan Malaysia27.07.1997
Burung cantik jadi idaman permaisuriChe Wa HussainMingguan Wanita27.09.1985
Yang cantik tentu dipujaAbdullah NgahWatan12.01.1991
1234

Kembali ke atas