Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.pai] | چاڤاي

Definisi : ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dgn menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dgn, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dgn bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yg bersahaja itu, tetapi dgn bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya utk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yg sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh; tercapai (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana; tercapaikan dapat dicapai: mereka tidak akan ~ maksud aku; capaian (Komp) proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer; pencapaian apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi: Pemuda UMNO harus melihat sama ada ~ orang Melayu sudah sampai ke tahap sempurna atau belum; isi, tema, persoalan novel bukanlah penentu mutlak ~ sesebuah novel; sepencapai sedapat (sehingga, sejauh) tangan mencapai, sejengkau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.pai] | چاڤاي

Definisi : ; carut-~ berbagai-bagai carut; ®carut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.pai] | چاڤاي

Definisi : payah, lelah; kecapaian keletihan; capek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.pai] | چاڤاي

Definisi : ; mencapai 1 (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dgn menghulur­kan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu. 2 sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun. 3 mendapat (sesuatu maksud dll); menyampaikan atau menjayakan (maksud dll): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-cita­nya. 4 mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi. tercapai 1 dpt dicapai: Tidak ~ olehnya buah di hujung dahan itu. 2 sudah sampai atau berjaya mendapat (sesuatu maksud dll). capaian ist proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer. ~ jauh ist teknik capaian ke sistem komputer dr peranti yg jauh drnya. ~ terus ist kaedah yg membolehkan sesuatu data diperoleh terus dr storan, atau utk memasukkan data terus ke storan. pencapaian 1 sesuatu yg dicapai; sesuatu yg telah berjaya dilaksanakan dgn usaha dan ketekunan: ~ murid-murid meningkat pd tahun ini. 2 perbuatan (hal, usaha dsb) mencapai sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata capai

Puisi
 

Tidak gula dibuat gula,
     Hanyut kiambang berangkai-rangkai;
Tidak gila dibuat gila,
     Bulan mengambang rasa nak capai.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Capai MS ISO 9000 menjelang 2000Noraishah Md. NoorHarian Watan28.11.1997
AFP2006 capai matlamatElrafaei SapiKosmo30.01.2007
UKM capai kualiti melangkaui zaman: Anugerah Perdana Menteri pelengkap pengiktirafan bidang pendidikanMohd. Anas AliBerita Harian01.12.2006
Petua capai kecemerlangan UPSRSulaiman MasriUtusan Malaysia04.09.1996
Persidangan capai matlamatTiadaBerita Harian27.06.1994
Konpen capai 12 resolusiChoo Li Lean; Muhd Yusuf BakarBerita Harian25.05.1995
Petua capai kejayaan membaca bukuTiadaUtusan Melayu07.04.1988
Obasiah capai impiannya dengan menulisSahriya JabrinSabah Times19.04.1990
KBSR capai kesan memuaskanTiadaBerita Harian27.06.1990
Teater mampu capai tahap dunia - FatimahAbart WilliamUtusan Sarawak19.03.2008
12345678910...

Kembali ke atas