Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cem.pe.da/] | چمڤدق

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg buahnya spt nangka), Artocarpus champeden; ~ air sj tumbuhan (pokok), Artocarpus kemando; bagai bunyi ~ jatuh prb kuat bunyinya (biasanya dikiaskan pd orang yg gemuk jatuh); drpd ~ baiklah nangka prb a) drpd tidak ada langsung, sedikit pun cukuplah; b) kalau tidak ada yg baik, yg kurang baik pun berguna juga; seorang makan ~, semua kena getahnya prb seseorang berbuat salah, semuanya dikatakan berbuat salah juga; tanam ~ tumbuh nangka prb apa yg diperoleh lebih drpd apa yg diharapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.pe.da/] | چمڤدق

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya spt buah nangka), Artocarpus champeden. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cempedak

Puisi
 

Makan cempedak bekal cempedak,
     Pergi ke laut mengail udang;
Bertokok tidak meluakkan tidak,
     Saya melukut di tepi gantang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Daripada cempedak baiklah nangka,
     daripada tidak baiklah ada.

Bermaksud :

Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Cempedak Menjadi NangkaMohd. Mansor AbdullahMingguan Wanita11.05.1984
Cempedak SebatangMarhan SrBerita Minggu27.11.1994
Biji Cempedak RebusHassan OmarBerita Minggu30.11.2003
Pantai Teluk CempedakSiti Aminah MatMingguan Watan16.04.1995
Sekolah Guar Cempedak tingkat penggunaan JawiTiadaUtusan Melayu14.11.1994
Di Pantai Teluk CempedakSaedon IbrahimBerita Minggu10.02.1974
Lorek-lorek kulit cempedakZaty N. RUtusan Melayu16.09.1990
Lorek-Lorek Kulit CempedakZati N. RUtusan Melayu16.09.1990
Kenangan Di TC (Teluk Cempedak)Nadia Amiera'sBacaria02.10.1990
Jangan bunuh penulis berbakatBuah Cempedak Di Luar PagarUtusan Malaysia07.06.1994
12

Kembali ke atas