Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.gas] | چرݢس

Definisi : 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak men­jalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan mem­beli (bkn pasaran saham); 5. (masih) menge­luarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~; mencergaskan 1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dsb): senaman boleh ~ otak; 2. menjadi­kan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan: mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dlm latihan itu; 3. menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan: ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya; 4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham; kecergasan 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.gas] | چرݢس

Definisi : 1 tangkas dan giat; bertenaga: Sungguhpun sudah tua, ia masih ~. 2 pantas; cepat: Platun itu bergerak ~ apabila menerima arahan drpd Leftenan Ramli. 3 banyak melibatkan diri dlm kegiatan-kegiatan; aktif: Pasukan Bulan Sabit Merah sekolah itu sangat ~. mencergaskan menjadikan cergas. kecergasan sifat atau keadaan cergas; ketangkasan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cergas


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Penama cergas sepanjang tahunTiadaBerita Harian18.11.1974
Cerdik cergas, cekap, jujurPak Pandir ModenUtusan Malaysia25.02.1982
Malaysia cergas jana teori, Indonesia aktif kritikSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)02.10.2001
Arundhati Roy cergas perjuangkan hak asasi manusiaShaidah ShafieBerita Harian05.02.2008
Pendita bergerak cergas di UUMShukri Matt AliBerita Harian14.02.1994
Generasi bergiat cergas banyakkan khazanah sasteraRaja Ahmad NizaMingguan Malaysia28.05.1989
Klasik mula cergas di bidang seniTiadaBerita Harian06.05.1987
Tetamu giat cergas sejak ditubuhkanTengku Fauziah NgahUtusan Malaysia24.11.1982
Penggiat teater cergas, audien masih kurangPak MalauBerita Harian16.10.1998
Pak Udin CergasZulkifli PutehMingguan Ekspres01.03.1989
1234

Kembali ke atas