Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1. dgn penuh periksa (perhatian), saksama, teliti: kabinet telah bersidang beberapa kali dan mengkaji dgn ~ sebelum mengambil keputusan itu; 2. hati-hati dlm berbelanja, hemat, jimat, tidak boros: kalau tidak ~, takkanlah dia boleh jadi kaya; bercermat berhati-hati, berteliti: kami berbual-bual dan masing-masing ~ menjaga adab supaya tidak berlaku langgar bahasa; mencermati memerhatikan dgn sungguh­sungguh, mengecamkan; mencermatkan 1. melakukan sesuatu dgn cermat (teliti, hati-hati); 2. menghematkan, menjimatkan: ia memberitahu saya bagaimana ~ wang belanja; kecermatan 1. perihal bercermat, ketelitian; 2. perihal berhati-hati (beringat-ingat, berjimat), kehematan, kejimatan: kehidupan mereka tergantung sangat-sangat pd ~ mereka menggunakan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1 dgn sepenuh minat; saksama; teliti: Kertas jawapan itu dikaji dgn ~. 2 tidak boros (dlm berbelanja); hati-hati; hemat: Ia anak yg ~. bercermat berlaku (dgn) cermat; berhati-hati: Masing- masing ~ menjaga adab dlm upacara itu. mencermatkan 1 melakukan dgn cermat. 2 menjimatkan (wang dll); menghematkan: Mereka terpaksa ~ wang utk membeli sebidang tanah. kecermatan 1 keadaan cermat dlm melakukan se­suatu; ketelitian: ~ mengambil bacaan pd skala itu adalah penting. 2 keadaan jimat dlm perbelanjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cermat

Peribahasa

Berdikit-dikit,
     lama-lama menjadi bukit.

Bermaksud :

Cermat.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jimat CermatGhazali Haji YaacobUtusan Zaman05.01.1986
Hamsad pengarang cermat pengamatanMarsli NOBerita Harian30.03.2004
Yang Tau Melangkah CermatSuili Bakar ANSUtusan Borneo14.07.2008
Kerajaan bersih dan cermatPak SakoBintang Timur25.07.1981
DBP ambil langkah berjimat cermatRudy Sham Ab. RaofBerita Harian09.02.1998
Bahasa bahagian objektif: perlu difikir dengan cermat..Adibah AminBerita Harian07.09.1981
Amaran dan ajaran supaya menjaga peristiwa hidup dengan cermat tidakselalu terbatasIbrahim OmarUtusan Zaman01.06.1986
Sepintas lalu tentang 'Pemberontakan' antologi cerpen Samoza:pengarang kurang cermat dalam menyampaikan visi watakDarma MohammadMingguan Islam02.09.1988

Kembali ke atas