Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.tus] | چتوس

Definisi : bunyi spt bunyi besi digoreskan ke batu dll; ~ api Mn pemetik api (drpd batu, besi, sabut, dll), teker; bak ~ api prb (orang yg) sangat cepat berkata (bekerja, bertindak, dll); mencetus 1. meletus (melompat) ke luar (bkn bunga api), mengeluarkan bunga api; 2. = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (gores api dll); 3. Mn (bkn kuda dll) menggigit orang dgn diam-diam; 4. Mn ki mencari-cari kesalahan; mencetuskan 1. menerbitkan, mengeluarkan (percikan atau bunga api); 2. menimbulkan sesuatu (keadaan, peristiwa, perasaan, ilham, dll) dgn sekonyong-konyong, menerbitkan: hasrat mereka utk ~ pemberontakan bersenjata bukanlah menjadi rahsia lagi; lawatan ke Infokraf mungkin ~ aneka ilham yg akan membuka lembaran baru; tercetus berlaku (terjadi, timbul) sesuatu keadaan (kejadian, peristiwa dsb): perkelahian itu ~ akibat perasaan dendam yg sudah lama terpendam; cetusan 1. apa yg ditimbulkan (dilahirkan dll), sesuatu yg terbit drpd, pancaran, jel­maan: tulisan itu adalah satu ~ perasaannya; 2. = ~ api cahaya api yg berkilat dll, bunga api yg terbit; pencetusan perihal mencetuskan atau me­nerbitkan (sesuatu): ~ idea-idea baru di kalangan intelektual di universiti tidak mungkin berlaku jika pensyarah, mahasiswa, atau siswazahnya tidak banyak membaca; pencetus sesuatu yg mencetuskan: ~ idea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.tus] | چتوس

Definisi : bunyi spt bunyi besi digeselkan pd batu dgn cepat. ~ api pemantik api. mencetus 1 meletus keluar (ttg bunga api). 2 = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (menggeselkan besi pd batu dsb). mencetuskan 1 mengeluarkan atau menerbitkan (bunga api dsb); menyalakan. 2 ki menimbulkan atau menerbitkan sesuatu keadaan: Hasrat mereka hendak ~ pemberontakan telah dpt dipatahkan. tercetus timbul atau terjadi sesuatu keadaan: Persengketaan itu ~ kerana keangkuhan beberapa pihak. cetusan, = ~ api bunga api yg terbit; kilatan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cetus

Peribahasa

Selera bagai cetus api.

Bermaksud :

Sangat rakus.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Cetus tradisi ilmu melalui sasteraAlia RezaianMingguan Tanahair13.11.1986
Bahasa cetus minda penciptaNazmi YaakubBerita Harian09.04.2009
PPSMI cetus kecelaruan jati diri [Surat & E-Mel]Abu Qassim Nor AzmiBerita Harian23.02.2009
Umno cetus semangat merdekaAbdul Aziz Abdul RahmanBerita Minggu16.09.2007
Deddy cetus fenomena filem Melayu era 70-an [Diwawancara oleh Ellyna Ali]Deddy M BorhanHarian Metro15.11.2006
RM20 cetus kerjaya GhazaliNorlaila Hamima JamaluddinHarian Metro25.09.2000
Vietnam cetus ilham pengarangTiadaBerita Harian11.09.1995
Pelajar cetus idea IsmailNoor Sham SalehMetro Ahad15.12.1996
'Bermuda'cetus pengaruh makhluk halus kepada manusiaDaniel Jebon JanaunBorneo Mail16.11.1997
Filem cetus ideaRahayu Mohd. SallehMetro Ahad14.06.1998
12345

Kembali ke atas