Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.li] | چيلي

Definisi : cabai, lada, Capsicum spp; mencili bp menyentalkan, menenyehkan atau menyapukan cili, terutamanya pd mulut seseorang: dah dicilinya mulut anaknya yg celopar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.li] | چيلي

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya berasa pedas); cabai; lada, Capsicum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cili

Puisi
 

Buah berangan masaknya merah,
     Lada cili dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
     Luka di hati sahabat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kecil-kecil anak harimau.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
The Cili Api we will never forget - In memory of Sudirman Haji Arshad (May 25, 1954 - Feb 22, 1992)Shuib TaibNew Straits Times22.02.2009
'Penyamun cili' di Istana BudayaMohd Nasif BadruddinHarian Metro06.12.2006
Sajak CiliZahari HasibBuletin Utama10.07.1994
Bong cili Api selingkap semula tulisannya 22 tahun duluTiadaWatan10.04.1979
Sajak CiliZahari HasibMingguan Bumi27.12.1983
Kisah cili pedas dan lado padehBadrul Hisham Abdul AzizUtusan Malaysia11.11.1994
Sajak CiliZahari HasibUtusan malaysia12.03.1993
Belum makan cili sudah terasa pedasMana SikanaUtusan Zaman25.02.1979
Puisi pendek tentang ciliZahari HasbiUtusan Melayu09.10.2006
Bila kempen buku hijau padam, dua biji cili harganya 15 sen!A. R. KamaludinUtusan Zaman16.04.1976
12

Kembali ke atas