Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1. isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~ lembu; ~ kambing; ~ paha daging pd paha; 2. isi buah yg lembut (bahagian di antara kulit dgn biji buah): buah embacang itu tebal ~nya; 3. tubuh manusia (sbg imbangan jiwa dan batin); ~ asap daging yg dikeringkan dan diawet dgn asap; ~ asin daging yg digarami; ~ basah da­ging yg baru (dr binatang yg baru disem­belih); ~ batang pinang daging (lembu, kerbau dsb) lem­but dan kurang lemak (berkualiti tinggi) drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha; ~ kain susunan be­nang pd kain; ~ kancing hujung daging yg keras dan liat; ~ menempel ketuat, mata ikan; bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ prb iri hati melihat ke­lebihan orang lain; sebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan; berdaging 1. mempunyai daging, gemuk; 2. ki kaya; (sudah) tidak ~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin; mendaging 1. menjadi (spt) daging: isi duri­an itu sudah mula ~ ayam; 2. mulai sembuh (bkn luka dsb): lukanya sudah mula ~; terdaging 1. sampai ke daging (bkn hirisan dsb); 2. ki sangat melukai hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1 isi badan di antara kulit dgn tulang: ~ lembu ada dijual di pasar. 2 isi buah (spt buah mempelam, durian) yg lembut. ~ batang pinang daging lembu, kerbau dsb yg lembut dan kurang lemak drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha. berdaging 1 mempunyai daging. 2 gemuk; berisi. mendaging 1 menjadi tebal isinya (bkn buah-buahan): Isi durian itu sudah mula ~. ~ ayam sudah tebal dan penuh isinya (bkn durian) dan sudah cukup masak. 2 mula sembuh (luka dll): Lukanya belum ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daging

Puisi
 

Daging ada berbatang tiga,
     Orang berjemur di batang padi;
Saya hendak kasih bertiga,
     Rasa kiamat di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lemak penyelar daging.

Bermaksud :

Memboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Daging-daging KeringNoor Hayati JantanMingguan Malaysia01.12.1973
'Daging Darah' di Maktab Sultan Idris malam ini!Shuib LazimBerita Minggu03.09.1971
Daging, Tulang dan DarahRuhi HayatMingguan Malaysia21.04.1974
Segumpal Daging ItuTsai JinUtusan Sarawak12.11.2008
Proses daging korban dimodenkan untuk dihantar ke negara-negara miskinTiadaUtusan Zaman06.12.1984
Darah Daging; Asal dari NovelTiadaBerita Harian04.11.1985
Darah DagingRuzana TamamSabah Times18.08.1991
Darah DagingAhmad FadzillahMingguan Wanita27.06.1997
Kenduri "Daging import"MonaliaUtusan Zaman10.11.1991
Darihal daging dan tulangPak Pandir ModenUtusan Malaysia26.03.1981
123

Kembali ke atas