Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ra] | درا

Definisi : 1. pukulan (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman; 2. = mendera; 3. ki seksa (hati, fikiran, dll); 4. denda, hukuman: dia kena ~ lima puluh ringgit kerana mencuri; mendera 1. memukul (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman: orang-orang salah itu telah didera; 2. ki menyeksa atau menyakiti (hati, fikiran, dll); ~ diri menyeksa diri (sendiri); 3. mendenda, menghukum: pencuri itu telah didera di tengah panas; deraan hukuman, pukulan, seksaan, dera: pukul sepuluh tepat barulah budak-budak itu lepas drpd ~; penderaan perbuatan mendera: kebanyakan kes ~ dikendalikan oleh jabatan tersebut; pendera orang yg mendera: ~ kanak-kanak yg tidak berdosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ra] | درا

Definisi : 1 pukulan dgn rotan (cemeti dll) sbg hukuman. 2 seksa; hukuman (dgn cara apa jua): Mereka kena ~ dgn menjulang batu-batu itu. mendera 1 memukul dgn rotan dll sbg hukuman. 2 menyeksa; menghukum (dgn cara apa jua): ~ orang salah dgn menyuruhnya bekerja di tengah panas. ~ diri menyeksa diri (sendiri). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dera


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
DeraNurul Mubin SirajSiasah30.05.2007
"Dera" perbuatan zaman jahiliahTiadaUtusan Melayu12.03.1997
Azizi lebih senang dera orang tuaHasan Baseri BudimanBerita Harian21.10.1997
Siti Zulaiha: drama dera masyarakat.Mohd. Yusof HasanBerita Minggu05.05.1991
Ciri penglipurlara dalam Malim Deman dan Raja DeraMohd. Thani AhmadBerita Harian12.11.1975

Kembali ke atas