Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.rau] | دراو

Definisi : bunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll); berderau, berderau-derau, menderau, menderau-derau 1. berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan ber­derau-derau bunyi riaknya; 2. ki ter­sentak (perasaan), tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar; 3. ter­cetus dan berpanjangan bunyinya (bkn ke­tawa), ber­derai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr dlm bilik guru; derauan 1. bunyi yg berderau (menderau): di luar hujan turun mencurah-curah ~nya berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. cetusan (ketawa) yg berpanjangan, deraian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.rau] | دراو

Definisi : ; berderau bergotong-royong (ber­tolong bantu, bekerjasama) mengerjakan sawah: di Kedah, penanaman padi dibuat secara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.rau] | دراو

Definisi : ; berderau bergotong-royong membuat sesuatu pekerjaan; bertolong bantu: Kebanyakan orang Kedah menanam padi secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[de.rau] | دراو

Definisi : bunyi spt bunyi air dicurahkan (hujan dibawa angin dll). berderau 1 berbunyi spt bunyi air dicurahkan (ombak atau hujan yg dibawa angin dll). 2 tersirap (darah); ~ darahnya apabila dia melihat seekor ular di hadapannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derau


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Membakut dipilih penampilan sulung Derau SasteraTiadaNew Sabah Times28.02.2006

Kembali ke atas