Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[der.ha.ka] | درهاک

Definisi : 1. tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~; anak kunci jahat, peti ~ prb suami yg jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya; berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan me­nerima balasan di akhirat kelak; menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan je­na­yah; menderhakai menderhaka terhadap atau kpd seseorang dsb: ~ kedua-dua ibu bapa tergolong dlm dosa besar; kederhakaan hasil perbuatan menderhaka: para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah; penderhakaan perbuatan menderhaka: Ab­­dullah bin Saba telah memainkan pe­ranan yg besar dlm ~ terhadap Sayidina Othman; penderhaka orang yg menderhaka: dlm tempoh sebulan sahaja ~-~ yg melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[der.ha.ka] | درهاک

Definisi : tidak taat kpd negara (Tuhan, orang tua dll): Anak yg ~ itu akan menerima balasannya. menderhaka melakukan perbuatan yg derhaka; menentang kekuasaan (kerajaan, orang tua, suami dll): Hang Jebat sanggup ~ kpd Raja kerana hendak membela Hang Tuah. menderhakai menderhaka terhadap seseorang: ~ ibu bapa tergolong dlm dosa besar. penderhakaan perbuatan menderhaka atau menderhakai: ~ yg dilakukan oleh pemberontak-pemberontak itu telah lama diketahui oleh pihak berkuasa. penderhaka orang yg menderhaka (kpd Tuhan, negara, ibu bapa dll): ~ itu telah dibuang negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derhaka

Puisi
 

Dua puluh tujuh bilangan bulan,
     Tujuh likur bulan puasa;
Sudah patut dibalas Tuhan,
     Kerana kita orang derhaka.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
DerhakaGunawan MahmoodBerita Minggu (Sastera dan Budaya)25.02.2001
Isu derhaka, krisis moral dan tuntutan kewarasanJohan JaaffarBerita Minggu22.02.2009
Anak DerhakaChe Hashim Che MatMingguan Perdana04.05.2008
Kisah derhaka dalam Hikayat PataniMohamad Khizar AwangBerita Harian26.05.1997
Anak DerhakaAbu Hassan AshariMingguan Perdana17.11.1985
Buang derhaka si Tanggang (Semakin Dekat)Aminah MokhtarUtusan Malaysia08.09.2004
Melayu derhaka memalukan bangsaAzhar Abu SamahBerita Harian03.11.2000
Menilai semula derhaka Si TenggangTiadaUtusan Malaysia27.05.1996
Aku Bukan DerhakaGhazali LatehUtusan Melayu08.05.2005
Tanah Berdaulat, Pantang DerhakaBaha WahabBerita Harian28.03.2009
12

Kembali ke atas