Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wa] | ديوا

Definisi : (déwa) 1. sesuatu yg dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa terhadap alam dan manusia, yang-yang: membakar colok utk memuja ~; 2. ki orang (sesuatu) yg dipuja-puja: wang juga akan ~nya; ~ pujaan hatinya telah mati ditembak pengganas; mendewakan, mendewa-dewakan, mem­­­­per­dewakan memuja-muja spt dewa: masih banyak lagi pegawai kerajaan yg mendewa-dewakan bahasa Inggeris; kedewaan 1. (hal) mengenai dewa: agama Hindu telah memasukkan adat resam dan sistem ~ Hindu; 2. tempat (kediaman) dewa-dewa; pendewaan perihal atau perbuatan men­dewakan: ~ bahasa Inggeris dan kelulusan Inggeris masih diamalkan oleh pihak-pihak tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.wa] | ديوا

Definisi : /déwa/ 1 roh yg dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa atas alam dan manusia. 2 ki seseorang atau sesuatu yg dipuja-puja: ~ pujaannya ialah penyanyi kacak itu. mendewakan memuja-muja spt memuja dewa: Masih ada beberapa orang Melayu yg ~ bahasa Inggeris. kedewaan sifat-sifat dewa; mengenai dewa. pendewaan hal atau perbuatan mendewakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewa

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(6)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Dewa Indera, Indera Dewa bertarungZainal BaharumBerita Minggu (Sastera dan Budaya)27.10.2002
Dewa malamKamariah SahminanBerita Minggu16.02.1997
"Dewa Muda" Malaysia menyerikan persembahanSulaiman YeopWatan04.02.1983
Dewa Air TerjunSoosai, GMingguan Malaysia01.12.1973
Dewa Cintaku papar pergolakan cinta dan keluargaAni AwangUtusan Malaysia (Mega)05.12.2005
Dewa CintaS.M. ZakirMingguan Malaysia06.04.2003
Raja Dewa Mambang BertandangAripin SaidUtusan Zaman12.10.1986
Seri Dewa Raja ikat kain berbelas kaliPak MatlobBerita Minggu08.06.1986
Kumpulan Dewa Kosala Rakta perkenalkan joget BombongTiadaUtusan Malaysia02.08.1986
Anak Dewa Yang KerdilKhadmiUtusan Zaman02.02.1969
1234

Kembali ke atas