[di.ba.wah] | د باوه
Definisi : 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[di.ba.wah] | د باوه
Definisi : 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)