[di.kir] | ديکير
Definisi : bp disiasat (diselidiki) kebaikan dan keburukannya (kelemahannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[di.kir] | ديکير
Definisi : 1. ucapan (doa) utk memuji-muji Rasul, biasanya dgn berlagu (lazimnya diadakan ketika Maulud Nabi); 2. lagu atau nyanyian dgn berpantun yg dilakukan beramai-ramai; ~ barat Kl lagu (nyanyian) beramai-ramai sambil berbalas-balas pantun; ~ jelotah sj tarian berserta dgn dikir beramai-ramai dlm upacara mengirik padi selepas menuai; berdikir mengucapkan puji-pujian kpd Rasul (dgn berlagu): datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai ke terataknya kerana hendak ~ maulud; ~ barat Kl bernyanyi (berlagu) dgn berpantun beramai-ramai; pendikir orang yg melagukan dikir; ® zikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[di.kir] | ديکير
Definisi : 1 ucapan atau doa utk memuji-muji Allah (selalunya dgn berlagu). 2 lagu (nyanyian) dgn berpantun yg dinyanyikan beramai-ramai: ~ barat; ~ rebana. berdikir 1 mengucapkan puji-pujian kpd Allah; berdoa dgn berlagu. 2 bernyanyi (berlagu) dgn berpantun beramai-ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)