[dip.lo.ma.tik] | ديڤلوماتيک
Definisi : 1. bkn hubungan antarabangsa: kenyataan pejabat negara ini telah menggemparkan kalangan ~ British; banyak negara telah mengadakan hubungan ~ antara satu sama lain; 2. bp dgn berhati-hati (samar-samar) apabila mengatakan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[dip.lo.ma.tik] | ديڤلوماتيک
Definisi : 1 berkaitan dgn hal-hal ttg politik antara negara: Sejak itu, hubungan ~ antara kedua-dua negara itu telah renggang. 2 hati-hati semasa membincangkan atau memperkatakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)