Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ri] | ديري

Definisi : 1 orang seorang; empunya badan: Malang betul nasib ~ku ini, duit habis harta tak ada. 2 badan sendiri (bukan orang lain): membunuh ~; menyerah ~. memohon ~ meminta izin hendak keluar atau pulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[di.ri] | ديري

Definisi : ; berdiri 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. ~ atas berasaskan (berdasarkan) sesuatu; berdasar pd: Sekolah itu ~ atas sokongan ibu bapa. ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd bantuan orang lain; berdikari. mendirikan 1 menjadikan atau membuat supaya berdiri; menegakkan: Ia telah ~ tiang pagar yg condong itu. 2 membangunkan atau membina (rumah, bangunan dll): Ia sudah ~ sebuah rumah batu. 3 menubuhkan sesuatu perkumpulan (persatuan dll): Mereka berusaha ~ syarikat kerjasama di kampung-kampung. ~ rumah tangga berkahwin. terdiri 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. ~ atas ditubuhkan atau dibentuk dgn berdasarkan sesuatu (prinsip, asas dsb): Undang-undang negara ~ atas prinsip keadilan sosial. ~ di atas didirikan atau ditegakkan di atas sesuatu: Rumahnya ~ di atas bukit. ~ drpd terjalin atau terbentuk drpd beberapa unsur: Penduduknya ~ drpd berbagai-bagai bangsa. pendirian 1 pegangan (bkn fahaman, pendapat dll) utk menimbang atau menilai sesuatu hal: Kita mestilah mempunyai ~ hidup yg tegas. 2 perihal atau perbuatan mendirikan: ~ kelab itu dibiayai oleh ahli-ahlinya sendiri. berpendirian mempunyai pendirian; berpegang teguh pd sesuatu pendirian: Saya ~ bahawa rajin dan usaha itu tangga kemajuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diri

Puisi
 

Bunga melur setangkai diri,
     Anak udang dari Patani;
Tidur malam seorang diri,
     Aku tak tahu selama ini.


Lihat selanjutnya...(129)
Peribahasa

Menganjungkan diri bagai sepasin.

Bermaksud :

Meninggikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(161)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Merenung Diri Dalam Diri Entah Keberapa KaliIjamala M. NMingguan Watan05.01.1997
Kekuatan diri berada dalam diri sendiriS. Othman KelantanAnika19.06.1983
Undang-undang kesalahan terhadap diri membicarakan enam aspekkesalahan diriBaharuddin HarunGaleri Mahkamah20.09.1990
Bila Tiada Manusia Menyukai Diri Hasrat Pembelaan Memenuhi DiriSuria Mohd DesaUtusan Zaman01.04.1984
Diri Yang Sebenar Dan IkhlasMohamad Azrul Azly Zarul FuadBerita Harian30.08.2008
Diri Dalam TetapiA Aziz DeramanBerita Minggu04.11.2007
DiriMustafa Kamal Abdul RahmanBerita Minggu08.07.2007
Diri TidaklahM.Z. AliasMingguan Malaysia18.03.2007
Diri Di Kota MetropolitanMuhammad Safri IshakUtusan Melayu04.07.1994
DiriChe' Zainul AbindinUtusan Zaman21.02.1993
12345678910...

Kembali ke atas