Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ngéng] | دوڠيڠ

Definisi : (dongéng) 1. = cerita ~ cerita kha­yalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak; ~ dewata dongeng mengenai dewa-dewa; ~ ibarat dongeng yg mengandungi ibarat; 2. ki sesuatu (spt berita, cakap-cakap, dll) yg tidak benar: apa yg diceritakannya itu hanyalah ~ semata-mata; berdongeng ki bercakap tentang sesuatu yg tidak benar: saya bukan hendak ~ apabila menceritakan hal itu; mendongeng 1. membuat (menyampaikan) cerita dongeng: ibu selalu ~ pd waktu kami hendak tidur; 2. ki bercerita atau meminta yg bukan-bukan: ibunya hari-hari ~, me­ngecek, dan memujuk dia supaya ber­kahwin; mendongengkan ki menyampaikan (men­ceritakan) kisah yg bukan-bukan: bermacam-macam kisah yg didongengkannya apabila ia pulang dr luar negeri; kedongengan unsur-unsur yg berkaitan dgn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut; dongengan cerita (yg karut, bohong, dll): kekayaan negeri itu nyatalah hanya ~ semata-mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ngéng] | دوڠيڠ

Definisi : /dongéng/ 1 cerita rekaan yg mengkhayalkan: ~ Bawang Putih Bawang Merah, ~ Pak Kaduk dll sangat disukai oleh kanak-kanak. 2 tidak benar (bkn berita, khabar dll); (yg) diada-adakan saja: Berita itu adalah ~ dan karut belaka. mendongeng bercerita ttg (kisah) dongeng; membuat dongeng: Ibu itu rajin ~ kpd anak-anaknya. mendongengkan menyampaikan atau menceritakan dongeng: Sesetengah orang tua selalu ~ kisah-kisah lama kpd cucu-cucu mereka. dongengan cerita yg karut, yg mengkhayalkan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dongeng


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Dongeng-dongeng rakyat bukan bacaan kanak-kanak sajaUmar JunusBerita Minggu24.06.1979
"Dongeng Pascamerdeka" bukan dongeng kosongRaja Yusof AriffinUtusan Malaysia24.03.2000
Dongeng Sang Lalat [Bahagian Akhir]Muhammad Firdaus Hasraf HassanUtusan Melayu10.11.2008
Dongeng Sang Lalat [Bahagian Kedua]Mohd Firdaus Hasraf HassanUtusan Melayu03.11.2008
Dongeng Pascamerdeka menang kategori cerpen Hadiah Sastera Perdana MalaysiaAkhbar:  Berita Harian (Sastera dan Budaya)09.09.2000
Dongeng Merdeka Shahnon Ahmad dipenuhi satiraNurhalim IsmailBerita Harian12.05.1983
Dongeng 1001GemabayuBorneo Mail03.10.1993
Dongeng yang penuh gizi, empat sihat lima sempurnaTiadaKompas16.07.1989
Dongeng Purba (i)Awang AbdullahMingguan Tempo21.11.1993
"Dongeng Betawi" di kanvas Sarnadi AdamAtna, HeruRepublika03.12.1995
1234567

Kembali ke atas