Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.dah] | اينده

Definisi : (éndah) peduli (akan), acuh: sedikit pun dia tidak ~ akan nasihat kawan-kawannya; ~ tak ~ tidak peduli langsung; tak ~ tidak peduli, tidak acuh;mengendahkan memberi perhatian kpd, memandang penting (mustahak, berharga, dll), mempedulikan, mengacuhkan: dia tidak ~ larangan orang tuanya;perendahan perhatian, penghargaan: segala adat lembaga bangsa Timur dapat ~ di kalbunya;pengendahan perihal atau perbuatan mengendahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.dah] | اينده

Definisi : /éndah/ ada atau mempunyai minat terhadap sesuatu. ~ tak ~ tidak menunjukkan minat terhadap sesuatu; tidak peduli. mengendahkan memberikan perhatian kpd sesuatu; mempedulikan: Dia tidak ~ hasutan orang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata endah


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Orang kita endah tak endah bahasa sendiriAkhbar:  Berita Minggu17.09.2000
Kampung Endah pikat peserta simposium MelayuShaiful AnuarWarta Perdana12.05.1996
Tak endah kesilapan papan iklanNoraishah Md. NoorHarian Watan22.05.1997
Melayu tersisih jika tak endah kualiti ilmuSidek BabaBerita Harian06.05.2008
Lebih berkesan jika Amaran menyayangi EndahUzala, WSMingguan Perdana14.10.1984

Kembali ke atas