Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.rat] | ارت

Definisi : 1. kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll): Amiruddin menggenggam tangan Hawa ~; di sisinya duduk isterinya menggendong anaknya yg masih ~ menyusu; 2. kukuh, teguh (janji dll), rapat, mesra, karib (hubungan, persahabatan, dll): ia memegang nasihat itu dgn ~nya; perhubungan antara rakyat dan kerajaan tetap ~;mengeratkan 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat: sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2. menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll; mempererat menjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama antara Britain dan Amerika;keeratan keteguhan, kekariban (dlm persaudaraan, ikatan, dll): saudara-mara berjabat tangan melambangkan ~ persatuan kita umat Islam; pengerat seseorang atau sesuatu yg meng­eratkan: ~ hubungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.rat] | ارت

Definisi : 1 tidak mudah lepas; tidak longgar (bkn ikatan atau pegangan); kuat-kuat: Anak itu memegang tangan ibunya dgn ~. 2 tetap, tidak berubah (bkn janji); rapat atau karib benar (bkn persahabatan, hubungan dll): Persahabatan mereka berdua itu sangat ~. mengeratkan 1 menjadikan erat (bkn ikatan, genggaman dll); menguatkan; meneguhkan. 2 menjadikan erat atau rapat (bkn persahabatan dll); merapatkan. mempererat 1 menjadikan lebih erat (bkn ikatan, genggaman dll). 2 menjadikan lebih erat atau lebih rapat (bkn persahabatan dll): Projek gotong-royong itu akan ~ hubungan antara penduduk kampung. keeratan keadaan erat; keteguhan; kerapatan; kekariban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erat

Peribahasa

Menggenggam erat,
     membuhul mati.

Bermaksud :

Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Erat, esa, debat: e (pepet) atau e (taling)?Muhammed Salehudin AmanUtusan Malaysia21.02.2007
Erat teater gagal dari segi pembinaan dan peningkatanTiadaUtusan Malaysia06.10.1989
Simposium erat tiga negaraD. J. DolasohMetro Ahad (Sastera dan Budaya)10.02.2002
Betapa erat dan kukuh kaitan sastera-budayaMohd. Naim DaipiBerita Minggu (Singapura)02.01.1983
SMA erat hubungan sebangsaTiadaBerita Harian20.04.1996
Kerjasama erat bidang sains boleh selesai banyak masalah umat IslamMahathir MohamadUtusan Malaysia25.02.1987
Mastera erat hubungan penulis tiga negaraSiti Jasmina IbrahimBerita Harian02.11.2000
Penama akan erat kerjasama penulisTiadaBerita Minggu07.01.1973
Sindrom boleh erat perpaduanTiadaBerita harian16.01.1985
'E' Itu EratAmiruddin AliMetro Ahad24.05.1998
123

Kembali ke atas