Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fail] | فاءيل

Definisi : 1. kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dsb disimpan secara tersusun: surat-surat itu disimpannya hati-hati dlm ~; 2. maklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dsb; 3. (Komp) sekum­pulan data atau maklumat yg berkaitan dsb yg mempunyai nama tertentu dan dianggap sbg suatu unit storan;berfail-fail beberapa banyak fail: dia perlu menyemak ~ surat yg ada di atas mejanya sebelum pergi bercuti; memfailkan 1. memasukkan ke dlm fail, menyimpan dlm fail: tiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan; 2. mengemukakan sesuatu (permohonan, aduan dsb) secara rasmi supaya dapat didaftarkan: kami akan ~ notis utk mendapatkan satu tarikh perbicaraan; dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di Mahkamah Shah Alam;pemfailan proses (perbuatan dsb) memfailkan: sistem ~ juga lebih baik kerana semuanya tersimpan di dlm komputer; ~ surat penting harus dibuat secara sistematik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fail] | فاءيل

Definisi : 1 tempat menyimpan surat-surat dll secara tersusun (biasanya dibuat drpd kertas tebal): Mana ~ ttg tuntutan kerja lembur itu? 2 sekumpulan data atau maklumat yg disimpan dlm komputer, yg berkaitan dan mempunyai nama atau rujukan tertentu, dan dianggap sbg satu unit. ~ aktif ist a. fail komputer yg sedang digunakan. b. fail komputer yg sering dirujuk. ~ sandar ist salinan fail (komputer) yg boleh digunakan utk menggantikan fail utama yg rosak, hilang atau terpadam. memfailkan 1 memasukkan (surat-surat dll) ke dlm fail; menyimpan di dlm fail: Kerani itu ~ semua surat yg diterimanya. 2 mengemukakan permohonan, dakwaan dsb secara rasmi utk direkodkan oleh pihak berkuasa tertentu: Dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu. pemfailan perbuatan atau proses memfailkan sesuatu: Sistem ~ di pejabatnya cukup teratur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fail


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ketika Fail Belum DibukaSahrunizam Abdul TalibMingguan Malaysia04.09.2005
Student who fail in EnglishTiadaThe Star15.10.1986
Kisah benar dari fail polisTiadaMingguan Famili05.08.1990
Awang Had, konsortium fail saman RM300 jutaAkhbar:  Berita Harian19.09.2003
Chinese-based parties fail to reach consensus on EnglishRamlan Said; Chow Kum HorNew Sunday Times17.08.2002
Penulis buku 'Mac 8' fail saman semakanTiadaHarian Metro24.02.2007
Sidang tamadun Melayu ditangguh kerana fail musnah terbakarTiadaHarian Kota25.08.1986
Armed struggle that was doomed to failTiadaNew Sunday Times03.12.1989
Use of BM on signboards: 168 fail to complyTiadaNew Straits Times26.07.1996

Kembali ke atas