Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.bung] | ݢابوڠ

Definisi : ikat, berkas: tiga ~ tebu;bergabung 1. terikat dlm satu berkas, berikat: batang-batang tebu yg ~; 2. bersama-sama menjadi atau bertindak sbg satu kumpulan (golongan): rakyat drpd berbagai-bagai kaum ~ utk menyuarakan ikrar kebangsaan; 3. bercantum atau bersekutu (menjadi satu, segolongan, atau sekelompok), bersatu: kalau parti tuan hendak berkuasa ada baiknya ~ dgn parti kami;menggabung 1. mengikat (beberapa batang tebu dll) menjadi satu, memberkas; 2. = menggabungkan;menggabungkan 1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas); 2. mencantumkan (menyekutukan) dlm satu kumpulan atau golongan yg lebih besar, menyatukan: langkah-langkah yg diambil utk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; ~ diri dgn menyekutukan diri dgn, bersatu dgn, menyertai: orang-orang muda diminta ~ diri dgn angkatan bersenjata Malaysia; tergabung 1. terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dlm satu ikatan); 2. terikat (tercantum) dlm satu kumpulan (golongan) yg lebih besar;gabungan 1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar ~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd berbagai-bagai organisasi dan institusi;pergabungan perihal bergabung (bercantum atau bersekutu): ~ beberapa buah pertubuhan dan persatuan;penggabungan perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yg besar): mesyuarat ~ badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.bung] | ݢابوڠ

Definisi : penjodoh bilangan utk benda-benda yg diberkas; ikat: Se~ kacang panjang berharga seringgit. bergabung 1 telah diikat menjadi seberkas. 2 berkumpul menjadi satu; bersatu: Beberapa buah syarikat lain ingin ~ dgn syarikat kita. menggabungkan 1 mengumpulkan sesuatu dan mengikatnya menjadi satu; menyatukan dlm satu ikatan atau berkas: Mak Cik Esah ~ kacang panjang itu secekak-secekak utk dijual. 2 menjadikan bersatu; menyatukan: Kami sedang berusaha hendak ~ semua syarikat kerjasama menjadi satu syarikat kerjasama yg besar. gabungan 1 kumpulan sesuatu yg diberkas; ikatan: Penyapu ini kecil benar ~nya. 2 persatuan beberapa kumpulan atau beberapa persatuan lain: ~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung. 3 sesuatu (perkataan dll) yg telah digabungkan. ~ kata kumpulan beberapa kata yg membentuk kata majmuk, simpulan bahasa, rangkai kata, frasa dsb. pergabungan perbuatan atau cara bergabung: ~ antara syarikat kerjasama itu telah disambut baik oleh pihak yg bkn. penggabungan perbuatan menggabungkan: Mesyuarat mengenai ~ syarikat kerjasama itu telah berlangsung kelmarin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gabung


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gabung 50 tenaga pelakon berbakatTiadaHarian Metro01.08.1991
Gabung tiga partai diSarawakRuhi HayatSuara Merdeka03.04.1977
Gabung karyawan lama, baruAkhbar:  Metro Ahad15.04.2001
Aris gabung alam dan manusia dalam 'Spektrum Langkawi'Ku Seman Ku HussainUtusan Malaysia04.09.1991
Hamdolok gabung ciri timur tengah dan MelayuTiadaMingguan Wanita03.02.1989
Pesenang gabung artis UtaraAbdul Ghani KarimBintang Timur14.10.1989
Teater gabung dua budayaMeor Riduwan AhmadHarian Metro21.04.2004
Kumputer akan gabung badan-badan seni TrengganuWan SulongBerita Harian24.05.1976
'Sebuah Perkahwinan' gabung tiga genre sasteraNasir AliUtusan Malaysia03.09.1991
Manifestasi jaya gabung pelbagai cabang seniSaodah IsmailBerita Harian26.01.1988
1234

Kembali ke atas