Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : 1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin; ~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : ; ~ betina sj tumbuhan (pokok), Aporosa aurea; ~ gajah sj tumbuhan (pokok menumpang), Eria teretifolia; ~ jantan sj tumbuhan, (pokok kecil), ciapet, Xanthophyllum affine; ~ tulang sj tumbuhan (pokok), Randia racemosa; seri ~ bunga yg ada sangkut-pautnya dgn taman asmara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : 1 taring gajah yg berwarna putih kekuning-kuningan: Kerisnya yg berhulukan ~ itu telah dicuri orang. 2 = warna ~ warna putih kekuning-kuningan spt warna taring gajah: Keretanya berwarna ~. menggading 1 menikam dgn gading. 2 menyerupai gading (bkn nyiur yg baru tumbuh). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : ; gading-gading 1 kasau-kasau atau tulang rusuk yg melengkung pd rusuk perahu. 2 bingkai roda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gading

Puisi
 

Nyiur gading tinggi mahligai,
     Ketupat jua berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Seperti gading dilarik.

Bermaksud :

Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gading BertuahAbdul Latif TalibMingguan Malaysia11.12.1991
Gading bertimang uji wibawa Mak SuHaswari AliHarian Metro18.07.2001
Menara GadingA Hadzri TalibWarta Perdana18.11.2007
Nyiur Gading Puncak MahligaiRadzuan GhazaliUtusan Malaysia21.04.2006
Sri Gading uji kekuatan PasSubky LatifWatan25.09.1981
Sri Gading teruji kubu Umno terkuatSubky LatifWatan02.10.1981
Menara gading harus adakan pengajaran bahasa MalaysiaTiadaBerita Harian19.12.1990
Merenungi gading duniawi yang cacatAhmad Kamal AbdullahMingguan Malaysia19.10.1986
Nyiur Gading padat dengan komediJamudin IdrisBerita Harian (Sastera dan Budaya)25.09.2000
Nyiur Gading sentuh Gus Dur, HindustanAkmal AbdullahBerita Harian (Persada Seni)19.09.2000
1234

Kembali ke atas