Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.gah] | ݢاݢه

Definisi : 1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga: datuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal; 2. berani, perkasa: perajurit yg ~ berani menemui ajalnya di medan perang; ~ berani (perkasa) sangat berani; 3. besar dan tegap (badan), begap: gadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yg ~ di sampingnya; 4. bangga, megah: dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;bergagah-gagahan 1. mengadu kekuatan; 2. beradu megah; menggagah 1. mengerjakan sesuatu dgn sepenuh tenaga; 2. = ~ pinggang bersikap gagah dgn bercekak pinggang; menggagahi 1. memaksa, mengerasi, menguasai: kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh; 2. memperkosa, merogol: dia dihukum kerana ~ seorang gadis;menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dll), memberanikan, memaksakan; ~ diri, = ~ hati memberanikan diri; kegagahan perihal gagah: dlm ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah; pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.gah] | ݢاݢه

Definisi : 1 dpt melakukan sesuatu yg berat-berat; bertenaga lagi kuat: Sungguhpun sudah tua, Mat Kilau masih ~. 2 = ~ berani (perkasa) sangat kuat lagi berani melakukan sesuatu: Hang Tuah terkenal sbg pahlawan Melayu yg ~ berani. 3 besar dan tegap badannya; tampan lagi kacak: Pemuda ~ yg baik hati itu telah menghantarnya pulang. 4 kelihatan hebat; tampak mulia: Pd anggapannya, tinggal di Petaling Jaya lebih ~ drpd tinggal di tempat-tempat lain. menggagahi menguasai dgn paksa atau dgn kekerasan; memaksa: Tentera kita berjaya ~ musuh. menggagahkan menjadikan gagah; memberanikan: ~ diri memberanikan diri: Dia ~ dirinya utk memasuki pertandingan itu walaupun saingannya hebat-hebat. kegagahan keadaan atau sifat gagah: Kisah ~ Hang Tuah tersebar ke seluruh Kepulauan Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagah

Puisi
 

Laksamana Bentan datang menyembah,
     Merendah diri walaupun gagah;
Raja adil raja disembah,
     Raja zalim raja disanggah.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Geneng di tengah lebuh,
     tahan galah bersijingkat;
geneng di tengah medan (gelanggang),
     tahan taruh di ayam kuyu.

Bermaksud :

Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Wiraku Gagah Gemilang Terbilang ( Istimewa buat Dr Sheikh Muszaphar )Maharani N SentaniBerita Minggu04.11.2007
Wiraku Gagah GemilangMaharani SentaniBerita Minggu14.01.2007
Malawati Gagah Perkasa di Shah AlamTiadaUtusan Malaysia09.05.1998
Kita GagahWan Noridah MusaUtusan Malaysia21.03.1993
Yang Gagah Jangan Terus Mendabik DadaZulkifli PutehUtusan Melayu04.04.2004
Wira cicak gagahShakilawati Abd RahmanMetro Ahad10.12.2006
Ulasan novel gagah oleh pengulas berjayaBaharudin C. DMingguan Malaysia12.03.1977
Dramatari Malawati Gagah Perkasa 12 MeiTiadaBerita Harian08.05.1998
Pak Awang gagah menangisPak SakoUtusan Zaman08.09.1974
Panggung Negara gagah isi dan bentukTiadaBerita Harian28.08.1972
123

Kembali ke atas