Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gam.bar] | ݢمبر

Definisi : 1. lukisan, foto; tukang (pandai) ~ orang yg kerjanya mengambil gambar, jurugambar; kantur ~ Id pejabat tempat membuat gambar peta; 2. tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera, foto; 3. sl patung; ~ angan-angan gambar yg dikhayalkan; ~ bagan gambar yg dibuat dgn garis-garis dan menunjukkan bahagian penting sahaja, lakar; ~ bumi peta bumi; ~ cermin Id bayangan pd cermin; ~ denah gambar bagan; ~ ejekan (sindiran) gambar orang yg dibuat ganjil dgn sengaja sbg sindiran; ~ hidup = wayang ~ = komidi ~ wayang gelap, gambar bergerak yg ditayangkan; ~ mati = ~ sorot wayang gelap yg tidak bergerak; ~ sisip = ~ selit kepingan lut sinar yg diberi bergambar utk ditayangkan pd tirai; ~ tempel Id a) gambar yg dilekatkan pd kertas (kad, kain, dll); b) gambar iklan yg dilekatkan pd tembok dll; ~ timbul gambar yg dibuat timbul pd batu dll;bergambar 1. mempunyai gambar, dihiasi dgn gambar: buku bacaan ~; kad ~; 2. mengambil gambar dgn kamera: para pelancong ~ di depan bangunan Parlimen;menggambar melukis (membuat) gambar: ia suka ~ pemandangan;menggambari memberi bergambar, menghiasi dgn gambar: kertas minyak digambari rangka-rangka bangunan;menggambarkan 1. membuat gambar utk: guru ~ muridnya seekor singa; 2. melukiskan, membayangkan: lukisan ini ~ penderitaan rakyat yg miskin; dapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pd hari itu bersuka ria; 3. mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dsb: pepatah ini ~ satu hakikat yg tidak boleh dinafikan dlm kehidupan sehari-hari; tergambar terbayang, terlukis: dlm fikirannya ~ wajah anak muda itu;gambaran 1. gambar, lukisan; 2. kisah (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dsb; penggambaran 1. perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dll); 2. kegiatan (perbuatan, usaha, dsb) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dsb;penggambar orang yg menggambarkan, pelukis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gam.bar] | ݢمبر

Definisi : 1 sesuatu yg dibuat menyerupai sesuatu yg lain dgn melukis; hasil drpd melukis; lukisan: Cantik sungguh ~ ini, siapa yg melukisnya? 2 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera: Mereka mengambil ~ ketika melawat ke Desa Ru. 3 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn mengukir; patung. bergambar 1 ada gambarnya; dihias dgn gambar; buku ~; majalah ~. 2 dibuat gambarnya dgn menggunakan kamera; mengambil gambar: Sebelum bermain, kedua-dua pasukan itu telah ~ dahulu. menggambar membuat gambar; melukis gambar: Dia pandai sekali ~ orang. menggambarkan 1 membuat gambar utk: Amin ~ adiknya seekor harimau. 2 melukis supaya menyerupai sesuatu: Ali ~ Ahmad berpakaian tentera laut. 3 menjadikan dpt diketahui atau dpt dibayangkan dlm fikiran; membayangkan: Lukisan ini ~ penderitaan rakyat di kawasan luar bandar. tergambar digambarkan atau dibayangkan: Apakah pengajaran yg anda dpt drpd peristiwa yg ~ dlm syair itu? gambaran 1 hasil drpd menggambar; lukisan. 2 apa-apa yg dpt dibayangkan drpd sesuatu cerita dll; bayangan atau tanggapan yg didapat drpd sesuatu cerita dll: Kedua-dua buku ini memberikan ~ yg terang ttg negara kita dlm kurun kesembilan belas. penggambaran perbuatan (usaha, kegiatan dll) membuat gambar dgn menggunakan kamera dll utk tayangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambar

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Disulam gambar dengan benang;
Hati ingin pulang ke kampung,
     Luasnya laut tidak terenang.


Lihat selanjutnya...(10)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gambar-Gambar Luka Dari GazaPeter Augustine GohBerita Harian07.03.2009
Gambar-gambar bercakap...Pak Pandir ModenUtusan Malaysia19.06.1980
Lagi gambar-gambar P. Ramlee diterimaTiadaBerita Harian19.04.1984
Jasuin MuhammadTiadaGambar-gambar sekitar pertandingan nyanyian dan bakat penulis anjuranAsas02.12.1981
Gambar rajah - Pemain alat muzik tradisional 'sape'TiadaUtusan Sarawak20.02.2009
Gambar - Bakat CilikTiadaUtusan Sarawak03.04.2008
Gambar MenangisMahli A. BBacaria21.04.1993
Gambar ini bukan di negara baratTiadaUtusan Malaysia02.02.1994
Gambar PM Malaysia digantung semula di dinding DBPTiadaBerita Harian17.04.1985
Gambar 20 penulis Melayu turut dipamerTiadaBerita Harian (Singapura)20.12.1984
123456

Kembali ke atas