Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tanda yg halus panjang pd sesuatu permukaan yg tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis: beberapa ~ berwarna hijau terdapat pd kertas itu; 2. coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan, garis: dia menendang bola itu keluar ~; 3. barisan kubu utk bertahan, deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai, garis: pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh;~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub selatan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa;~ penamat garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan; ~ pusat garis pusat; ~ rentas garis rentas; ~ sejajar = ~ selari dua garis yg sama jarak antaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : barisan kubu utk bertahan; deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai: Pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ pertahanan musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan: Dia menendang bola itu keluar ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : tanda yg halus panjang tetapi tidak ada tebalnya atau lebarnya; coret panjang yg lurus, bengkok atau lain-lain: ~ dr A ke B hendaklah dipanjangkan hingga ke C. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garisan


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Garisan, warna terang imej karya Sahrul NizaShaidah ShafieBerita Harian24.02.2007
Garisan pula lahir di PerlisNur S. Biedyn BeseriMingguan Timur16.05.1976
Garisan IniAl-HisyamBacaria16.09.1992
Garisan IniAl-HisyamBacaria29.09.1992
Dalam GarisanFaizal S. HussainUtusan Melayu25.01.2006
Di Garisan IniSaad TaibBerita Minggu14.07.1996
Di Garisan PemisahWan Zahari AliHarian Nasional29.05.1984
Cinta di akhir garisanNurrasyyiMedia Hiburan17.10.1997
Cinta Di Akhir GarisanNurrasyyiMedia Hiburan18.10.1997
Nukilan Di Akhir GarisanCazacMingguan Wanita19.05.2000
12

Kembali ke atas