Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.gar] | ݢݢر

Definisi : gentar, goncang, goyang; bergegar bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan bom;menggegar menggeletar, menggetar, gemuruh: bunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yg berdekatan;menggegarkan menggoncangkan, menggoyangkan, menggetarkan: satu letupan ~ kapal itu; jeritan hatiku yg amat ~ jantung;tergegar tergoncang, tergoyang: kerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila; gegaran perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa; penggegar unsur (orang atau alat) yg menggegarkan sesuatu: beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.gar] | ݢݢر

Definisi : ; bergegar 1 bergerak ke atas ke bawah atau ke depan ke belakang dgn cepat dan kuat; bergoncang: Ketika gempa yg hebat itu berlaku, rumah saya ~ juga. 2 bergemuruh dan bergetar: Bunyi tembakan meriam itu ~ jauh-jauh. menggegarkan menyebabkan menjadi bergegar, menggoncangkan: Letupan bom di kawasan itu telah ~ rumah-rumah di sekitarnya. gegaran hal bergegar; goncangan: Sepuluh buah rumah di tebing sungai itu terjejas oleh ~ gempa bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gegar

Puisi
 

Anak Cina memasang colok,
     Pergi ke pasar membeli pari;
Jangan gegar jangan dijolok,
     Kerana buah muda lagi.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gegar yang menggegarkanDuri DurabiHarian ekspres30.03.2009
Gegar baca puisi Berita HarianWan Ahmad IsmailBerita Harian (Sastera dan Budaya)12.08.2000
'Gegar' wakili Perak ke pesta teaterTiadaBerita Harian04.04.1985
Gegar MerdekaIzani HDBerita Minggu28.08.2005
Sajak gegar dewan besar Dewan Bahasa dan Pustaka SabahIsmas SaringBerita Harian (Sastera dan Budaya)22.02.2002
Senok gegar gelanggang seni Kota BharuAwang GonengBerita Harian16.10.1998
Railey gegar dewan dengan deklamasi sajaknyaTiadaMingguan Wanita05.02.1988
Rendra gegar Balai BudayaWartawan MPMingguan Perdana03.04.1987
`Ammai' gegar teater SabahAliuddin Mohd SallehBorneo Mail06.09.1991
Gema, Gegar dan GusarWB RendraBerita Minggu12.02.2006
123

Kembali ke atas